Tahukah anda bagaimana alam semesta ini tercipta? Sudah menjadi keharusan bagi kita untuk mengetahui fakta terciptanya alam semesta ini sehingga menjadi bagian dari keyakinan kita terhadap adanya sang pencipta dari alam semesta ini, yaitu Allah SWT, Tuhan semesta alam.
Bagaimana alam ini tercipta sudah dijelaskan oleh Allah di dalam al-quran, bahkan pembuktian sains telah mendukung ayat tentang penciptaan alam semesta tersebut. Pada postingan kali ini akan saya tunjukkan bagaimana Allah menceritakan dalam ayatnya tentang bagaimana terbentuknya alam semesta dan bagaimana fakta sains mendukungnya.
Dalam surah Al Anbiya ayat 21:30, Allah berfirman:
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”
Dalam surah Al Fussilat ayat 11. Allah berfirman:
“Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap…”
Bagaimana pendekatan teori menjelaskannya?
Teori Big Bang
Satu teori yang telah diterima umum tentang asal kejadian alam ialah teori Big Bang.
Ia mengatakan bahawa alam ini pada asalnya adalah satu, kemudiannya berlakulah satu letupan yang kuat (cosmic explosion) 10 ke 20 billion tahun dahulu, yang dinamakan sebagai Big Bang. Bermula dari situ berlakulah pengembangan dan penyejukan (expanding and cooling) yang melahirkan bintang-bintang, galaksi dan yang seumpamanya (Sumber Rujukan: 'Big Bang (Web): Creation of Cosmology').
Teori ini pada asalnya di asaskan dari formula ‘General Theory of Relativity’ yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915. Kemudian pada tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann, telah mengembangkan lagi formula ini dan mengukuhkan lagi teori Big Bang ini.
Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, telah menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau telah mendapati bahawa alam ini sedang berkembang sekaligus mengukuhkan pendapat bahawa alam ini satu padu pada asalnya dan letupan besar telah berlaku yang menyebabkan pengembangan itu (Sumber Rujukan: 'Encarta Encyclopedia (1999)'.
Penyelidikan berhubung dengan tahap radiasi dan tentang gas helium yang tersebar secara seimbang di angkasa, adalah selari dengan teori Big Bang. Kajian tentang tahap radiasi di angkasa raya telah dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias and Robert Wilson, pada tahun 1965.
Kajian tambahan yang dilakukan di antara tahun 1989 hingga 1993, dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang dikenali sebagai ‘COBE spacecraft,’ juga telah mengesahkan tentang perkara ini. (Sumber Rujukan: 'Encarta Encyclopedia (1999).
Pada hari ini dengan alat dan prasarana yang lebih canggih, seperti makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva, banyak kajian-kajian baru yang dapat dilakukan. Kajian-kajian terkini dari makmal ini telah mengukuhkan lagi teori Big Bang (Sumber Rujukan: 'Particle Physics & Astronomy Research Council (PPARC)'.
Pada tahun 1928, Thomas Gold dan Hermann Bondi telah mengutarakan satu teori yang berlawanan dengan Big Bang, iaitu, Teori ‘Steady State’ yang mengatakan bahawa alam ini tidak ada permulaan, malah berkeadaan sama sejak dahulu hinggalah sekarang. Pada tahun 1964, dengan penemuan gelombang-gelombang tertentu di udara yang mengesahkan tentang kewujudan Big Bang, teori ini terus ditolak (Sumber Rujukan: 'Web Syllybus (Physics): Univ. of Tennessee').
Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi pada suatu ketika dahulu adalah satu padu, kemudiannya dipisahkan. Kesemuanya telah disebutkan oleh Al-Quran.
Gas Hidrogen dan Helium dan permulaan langit dan bumi
Selah satu kajian dalam bidang ilmu astrofizik ialah tentang keadaan alam selepas berlakunya Big Bang. Kajian menunjukkan bahwa pengembangan berlaku di dalam keadaan suhu yang tinggi diikuti dengan penyejukan.
Di peringkat awal itu, proton telah besatu dengan neutron dan melahirkan gas deuterium (hidrogen berat atau heavy hydrogen) di samping gas-gas ringan yang lain, terutamanya helium, dan sedikit daripada lithium, berylium dan boron. Ini disebutkan juga sebagai ‘primary nebula’. Akhirnya dalam jangka masa yang singkat, angkasa raya ketika itu didominasi oleh gas hidrogen dan helium. Kondisi langit yang dahulunya masih berupa asap pun juga telah disebutkan dalam surat fushilat.
(Sumber rujukan: 'Encarta Encyclopedia: Big Bang Theory').
Demikian penjelasan penciptaan alam semesta yang kemudian diperkuat dengan pendekatan teori. Semoga postingan ini bermanfaat untuk menambah keyakinan kita akan fakta di balik penciptaan aam semesta ini bahwa adanya sang pencipta yang harus kita Imani, dialah Allah SWT, Tuhan semesta alam.
Salam satu pikiran.
0 Respon:
Post a Comment