Home » , , » Ibnu Khaldun Perintis ilmu Sosial

Ibnu Khaldun Perintis ilmu Sosial




IBNU Khaldun mencetus pemikiran baru dimana menyatakan sistem sosial manusia berubah dipengaruhi oleh kemampuan berpikir, kondisi muka bumi persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi dan jiwa manusia itu sendiri.

Beliau juga berpendapat institusi masyarakat berkembang mengikut tahapnya dengan tertib, bermula dari tahap primitif, pemilikan, kemudian tahap peradaban dan kemakmuran sebelum tahap kemunduran.

Pandangan Ibnu Khaldun dikagumi tokoh sejarah berketurunan Yahudi, Prof Emeritus Dr Bernerd Lewis yang menyebut tokoh ilmuwan ini sebagai pakar sejarah Arab yang hebat pada zaman pertengahan.

Dilahirkan di Tunisia, keluarga Ibnu Khaldun sebetulnya berasal dari daerah Seville, Sepanyol, semasa pemerintahan Islam.

Sewaktu zaman kanak-kanak, beliau mempelajari al-Quran daripada orang tuanya sebelum melanjutkan pengajian ke perguruan tinggi sambil dibantu sejarawan serta ulama Tunisia dan Sepanyol.

Pada tahun 1375, beliau berhijrah ke Granada, Spanyol. disana situasi politik Granada tidak stabil, lantas mendorong beliau untuk merantau ke Aljazair (bahagian utara Semenanjung Tanah Arab). Di sina, beliau menetap di kampung kecil bernama Qalat Ibnu Salama.

Di situ pula beliau menghasilkan beberapa tulisan terkenal termasuk al Ibar Wa Diwan al-Mubtad Wa al-Khabar. Kitab tersebut memiliki 6 jilid, dan yang amat terkenal adalah kitab Mukaddimah. Hingga kini kitab itu menjadi rujukan umat Islam, terlebih dalam ilmu kajian sosial, politik, falsafah dan sejarah.

Kitab Mukaddimah menjelaskan banyak peristiwa dalam kehidupan masyarakat, seperti bagaimana proses pembentukan negara, faktor kemajuan serta kemunduran masyarakat, bahkan juga menerangkan beberapa masalah yang berhubungan dengan bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian.

Beliau membangunkan konsep tentang etika politik saat itu bahawa tugas raja adalah untuk melindungi rakyatnya bukannya menjadi pemimpin zalim, serta berperan untuk memberantas penipuan dalam  perdagangang.

Pemerintah juga menjalankan kepemimpinan politik yang bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Ibnu Khaldun juga membuat konsep ekonomi, perdagangan, dan paling terkenal adalah konsepnya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerologi, kimia serta sejarah.

menurutnya ilmu itu dikaitkan dengan permasalahan manusia dalam masyarakat kemudian ia berharap selanjutnya para ahli sosiologi berkenan dapat bekerjasama untuk menemukan solusi dari  krisis moral yang dihadapi masyarakat hingga hari ini.

Istilah sosiologi meskipun diciptakan oleh tokoh kelahiran Perancis abad ke-19, Aguste Comte, namun kajian tentang kehidupan sosial manusia sudah dimulai oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah saat usianya 36 tahun, 500 tahun lebih awal dari comte.

Share this article :

0 Respon:

Post a Comment

Cari disini

Advertise



 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Satu Pikiran Kita - All Rights Reserved